Monday 3 October 2011

Solat itu kewajipan kita

DALIL WAJIB MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEPERTINYA

Tidak dinafikan bahawa kita hidup di dunia untuk yang fana ini sibuk dengan kerja bagi individu yang ingin mencari rezeki juga kepada pelajar-pelajar yang sibuk untuk belajar mencapai keputusan yang cemerlang tetapi bukan bermakna kita jadikan alasan itu untuk melupakan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Berfirman Allah swt :

“Dan dirikanlah olehmu akan solat berikanlah olehmu akan zakat dan rukuklah kamu berserta orang-orang yang rukuk.” (AL BAQARAH : 43)

“Dan dirikan olehmu akan solat, kerana sesungguhnya solat itu menghalangi kamu dari fahsya (kejahatan) dan dari mungkar (pekerjaan yang buruk keji).” (AL ANKABUT : 45)

“Pelihara baik-baik olehmu akan segala solat dan solat wustha (solat yang paling baik) dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah (hal keadaan kamu) kekal dalam khusyuk.” (AL BAQARAH : 238)

“Maka apabila kamu telah jauh dari kesulitan, atau telah tenang tenteram dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu fardhu yang telah diwaktu-waktukan atas segala orang yang beriman.” (AN NISA' : 102)





Ayat-ayat Allah swt yang suci ini memerintahkan kita para umat mendirikan solat; menyuruh kita mengerjakan solat bersama-sama, berkaum-kaum; menyatakan bahawa solat itu menghalangi kita dari fahsya dan mungkar; memerintahkan kita memelihara solat dengan secara yang paling sempurna, paling baik; menyuruh kita menegakkan solat di waktu-waktu yang telah ditentukan.

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)

Hadis ini menerangkan bahawasanya solat adalah rukun atau sendi Islam yang terpenting. Orang yang hendak mendirikan pembinaan Islam, wajib mendirikan tiang-tiang tonggak ini. Jika tiang-tiang tonggak yang penting ini tidak didirikan, pembinaan Islamnya tidak dapat berdiri dalam erti yang sebenarnya.

InsyaAllah dengan berkat ketekunan dan istiqamah kita ini pembinaan Islam akan lebih kukuh dan tidak lagi di pandang serong masyarakat luar. Sebagai seorang yang bernama Islam kita perlu menyampaikan apa yang sepatutnya. Mudah-mudahan kehidupan kita selepas ini lebih deberkati Allah swt.
Wassalam..





No comments:

Post a Comment