Friday 10 February 2012

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT?


Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Lelaki Muslim...

Lelaki Kristian: Mengapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?

Lelaki Muslim Tersenyum Sambil Mengeluarkan 2 Biji Gula-Gula Dari Poketnya, Lalu Salah Satu Dibukakan Bungkusannya.. Kemudian Dia Meletakkan Kedua2 Gula-Gula Itu Ke Lantai.. Lalu Bertanya Ia Kepada Lelaki Kristian Itu.

Lelaki Muslim : Antara Kedua2nya.. Yang Mana Satu Kamu Akan Pilih?

Lelaki Kristian : Sudah Tentu Yang Masih Dalam Bungkusan.

Lelaki Muslim : Kenapa?

Lelaki Kristian : Kerana Yang Terbuka Itu Telah Tercemar.

Lelaki Muslim : Begitulah Agama Kami Melihat Dan Menghormati Kaum Wanita Agar Mereka Lebih Terpelihara & Istimewa..

Lelaki Kristian : Owh.. Saya Mengerti Sekarang...





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

                                                                (Surah Al-Ahzab:59)

Tuesday 7 February 2012

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t



10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi    makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu    bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya    lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta    menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan    perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,
 maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Wednesday 4 January 2012

Countdown 2012 berlandaskan Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya saya tidak update blog ini..Maklumlah sebagai student ada lagi tanggungjawab yang tidak boleh di elakkan apatah lagi sekarang ini tengah musim 'exam mood'..tak sabar rasanya untuk tinggalkan zaman belajar untuk menempuh alam pekerjaan yang tak lama lagi. Nervous pun ada juga rasanya..huhuhu..

Rasanya tak lain dan tak bukan blog saya pada kali ini menceritakan tentang tahun baru 2012 yang dah bermula 4 hari lepas.huhu..Terlambat sudah rasanya tapi harap-harap semangat tahun baru masih segar di ingatan kalian.

Setiap manusia atau lebih dekat lagi setiap orang yang sudah boleh berfikir pasti ada azam, target atau agenda yang ingin dilaksanakan pada tahun baru ini. Tapi biarlah target itu bermanfaat pada diri dan orang lain ye nok?(bak kata ustaz Azhar Idrus)huhu..

Bagi saya pada tahun ini saya ingin sekali membuka lembaran baru yang tak pernah saya azamkan sebelum ini di mana saya berharap dapat istiqamah dekatkan diri pada Tuhan yang Esa, Allah swt. Moga-moga apa yang saya azamkan dan impikan ini menjadi kenyataan kelak. 

Pada malam 31/12/2011 hingga awal pagi 01/01/2012 saya telah hadiri perhimpunan 'countdown 2012' di Dataran Shah Alam. Pada mulanya bercadang untuk ke masjid negara bagi menghadiri perhimpunan 1000 jiwa 1 hati tetapi ada kerja yang tak dapat di elakkan untuk ke sana. Mungkin tiada rezeki saya ke sana. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama kawan saya mengajak saya ke 'countdown 2012' ini. Perhimpunan ini bukan sekadar countdown 2012 yang biasa tetapi disempurnakan mengikut kaedah yang di benarkan dalam Islam. Apa yang menarik lagi ramai tokoh terkenal dan artis menghadiri majlis ini seperti Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda Asyraf, Akhil Hayy, Zizan, Sham Kamikaze, Ustaz Fauzan, Dakmie, Syahir dan beberapa orang lagi.

Ini adalah kali pertama saya menyambut tahun baru secara Islamic. Memang sangat berbeza sangat dari tahun sebelumnya antaranya dapat mendengar ceramah santai dari Ustaz Azhar Idrus dan yang paling penting penyempurnaan 'countdown 2012' dengan membaca Asma' Ul Husna. Alhamdulillah saya dapat duduk antara baris di hadapan sekali..hehe..Seramai 70,000 umat Islam membanjiri dataran tersebut dan di katakan di sini antara tempat yang paling ramai orang yang menyambut tahun baru 2012 ini. Kita boleh lihat sendiri bagaimanapun berpecah belahnya kita dalam political issue tapi apabila semua umat Islam berkumpul tiada perbalahan politik ditimbulkan..Takbir....Allahuakbar!!! 

Alhamdulillah program seperti ini walaupun agak seperti hiburan tetapi masih yang dibenarkan dalam Islam dan yang paling penting dapat menarik orang ramai dan anak-anak muda khususnya daripada berpeleseran dan bermaksiat di luar sana..Wallahualam..