Monday 24 October 2011

KeIndAhaN DuniA HanYalAh SePerTi PaNTai YaNg InDaH

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sering kali kita di dunia ini lalai dengan kehidupan kita. Tahukah kita bahawa kehidupan kita hanyalah sementara sahaja di dunia ini? Saya pasti anda tahu jawapannya iaitu kita akan ke dunia yang kekal abadi samada syurga atau neraka.


Imam Al-Ghazali ada mengenengahkan sebuah cerita di mana kehidupan di dunia diibaratkan sebagai sebuah kapal yang singgah di pulau yang teramat indah. Setelah tiba di pesisir pantai, nakhoda kapal menyuruh anak-anak buahnya turun dan mencari keperluan-pekerluan yang penting untuk berdagang ke tempat lain. Anak-anak kapal itu terbahagi kepada tiga iaitu :







1. Mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat dan mencari keperluan-keperluan penting untuk berdagang ke tempat lain, mereka kemudian pulang semula ke kapal. Mereka tahu bahawa bukan pulau yang indah itu yang menjadi tujuan mereka.

2. Mereka terpengaruh dengan keindahan pulau itu. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai di tiup angin, airnya yang jernih, ikannya yang jinak. Mereka terpegun  dan terlena sebentar, tetapi kemudian mereka teringat bahawa mereka dalam perjalanan menuju ke destinasi mereka. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi oleh kerana terlambat, semua tempat duduk sudah habis diambil orang.

3. Inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan siren kapal yang pertama, mereka tidak pedulikan. Akhirnya kapal itu pun belayar.. Setelah kapal itu belayar jauh, dipanggil-panggil, kapal itu tidak boleh berpatah semula. Mereka inilah golongan yang malang.




"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui."

(surah Al-Ankabut :64)

Inilah ibarat manusia yag hidup di dunia sekarang. Pantai itu di ibaratkan sebagai dunia yang fana hanya sementara sahaja tetapi kita akan belayar ke satu tempat yang kekal abadi dan jauh dari dunia ini iaitu Akhirat. Kita masih jauh lagi untuk sampai kesana, tempat di mana manusia akan dihidupkan kembali. 
Jadi renung-renungkan dan selamat beramah...:)


Friday 21 October 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W



"Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah"


@@Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.



“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah
Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Thursday 20 October 2011

10 perkara Yahudi taknak kita tahu!





Mari kita singkap taktik-taktik yang di buat oleh Israel laknatullah ini dan kita lihat apa yang mereka sembunyikan dari kita!!!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak  digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika  mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sunday 16 October 2011

Hidayah Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kalian..:)


Rasanya sudah lama tidak update blog saya ini...Hari ini saya hendak kongsi lagi satu cerita tentang bagaimana seorang kristian ini mendapat hidayah Allah untuk memeluk Islam..



Kisah ini menceritakan tentang seorang ahli perniagaan yang bernama Einstein. Beliau adalah seorang tokoh usahawan yang agak masyhur. Pada suatu hari beliau didatangi seorang muslim yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Arab yang bernama Ahmad untuk tujuan perniagaan mereka. Selain daripada berniaga, Einstein juga  kuat beramal dengan agamanya dan pada masa yang sama Einstein ingin berdakwah kepada Ahmad. Einstein bertanya kepada Ahmad
 'Di mana engkau tinggal semasa berurusan dengan ak selama sebulan ini?'.
Ahmad menjawab dengan selambanya.
 'Aku tinggal di masjid sahaja'.
Kemudian Einstein ketawa sinis mendengar jawapan dari Ahmad itu kerana orang kristian yang tinggal di gereja adalah orang yang hina dan papa kedana. Lalu Einstein mengajak Ahmad tinggal bersama-samanya kerana baginya apabila Ahmad tinggal bersama-samanya lagi mudahlah kerja Einstein untuk berdakwah kepada Ahmad.



Einstein pun berkata,
'Marilah tinggal bersamaku kelak kau akan mendapat layanan yang sempurna.'
Ahmad tidak berfikir panjang dan terus menjawab,
'Aku boleh tinggal di rumah engkau jika engkau boleh buktikan padaku yang Tuhan kau itu wujud'
Ahmad berkata begini kerana dia juga ingin berdakwah kerana wajib bagi setiap muslim untuk berdakwah ke jalan Allah tidak kira dengan apa cara sekalipun. Lalu Einstein sudah tidak keruan kerana dia sendiri tidak tahu untuk menjawab persoalan Ahmad itu tadi kemudian dia berjanji akan memberi jawapan keesokan harinya. Setibanya di rumah, Einstein mencari idea bagaimana untuk meyakinkan Ahmad tentang kewujudan tuhannya lalu dia terfikir satu idea di mana tuhannya itu wujud dengan adanya keluarga menciptanya. Tuhannya lahir dari bapa dan mempunyai anak untuk menyambung generasi. Walaubagaimanapun tiba-tiba Einstein terfikir bahawa jika Tuhannya mempunyai keluarga bagaimana jika ayah tuhannya mati?pasti tiada generasi lagi. Jadi idea ini tidak boleh dipakai. Akibat terlalu buntu, Einstein pergi ke gereja untuk berjumpa dengan paderi bertanyakan tentang masalah ini. Setelah menceritakan semua masalahnya, paderi itu menjawab dengan mudahnya,
'Engkau hanya katakan padanya tuhan kita ini di ibaratkan seperti sebiji telur di mana terdapat tiga bentuk berlainan dalam sebiji telur iaitu putih telur,kuning telur dan kulit telur. Ini boleh di ibaratkan tuhan kita merangkumi banyak aspek dalam dunia ini.'
Setelah mendengar jawapan dari paderi itu, Einstein pun balik dengan hati yang lega tetapi dalam perjalanan balik itu Einstein terfikir bagaimana pula jika telur itu busuk? Pasti tidak bagus jadinya. Nampaknya idea ini juga tidak bernas dan dia akan kalah juga jika berhujah dengan Ahmad. Setibanya di rumah, isterinya pula berkata kepadanya,
 'Abang, ceraikan saya sekarang. Mana boleh seorang Islam kahin dengan orang bukan Islam..'
Mendengarkan kata-kata isterinya itu membuatkan Einstein terkejut besar. Kenapa tiba-tiba isterinya berkata begitu? Setelah bertanya, isterinya pun menjawab yang isterinya ingin memeluk Islam. Lagilah terkejut beruk Einstein mendengar jawapan isterinya itu. Akibat terlalu tertekan, Einstein pun berjumpa dengan Ahmad dan mengatakan yang dia tidak dapat menjawab soalan Ahmad itu tetapi pada masa yang sama dia juga ingin Ahmad buktikan bagaimana Allah itu wujud dan Ahmad terus sahaja membaca Surah Al-Ikhlas.




Setelah mendengar sahaja bacaan surah dan terjemahannya, Einstein terus sahaja menangis dan memeluk Ahmad dengan seerat-eratnya dan berkata, ' Aku tidak pernah berasa tenteram dan tenang sangat sebelum ini tetapi selepas sahaja mendengar penjelasan kau ini hatiku tiba-tiba terbuka untuk menerima ajaran kau ya Ammad.



             Setelah itu, Einstein dan isterinya hidup bahagia dangan ajaran yang di bawa meraka ajaran Allah s.w.t dan nama Einstein menjadi Yusuff Einstein. Ingatlah jika Allah inginkan seseorang itu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya, pasti mereka akan mendapatnya juga tidak kira dengan apa cara sekalipun..InsyaAllah di harap cerita ini dapat di sebarkan dan menjadi panduan kepada kita sebagai umat Islam..
Wassalam..


                                                                                                                           Cerita dari En.Riza, Uniten

Monday 3 October 2011

Solat itu kewajipan kita

DALIL WAJIB MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEPERTINYA

Tidak dinafikan bahawa kita hidup di dunia untuk yang fana ini sibuk dengan kerja bagi individu yang ingin mencari rezeki juga kepada pelajar-pelajar yang sibuk untuk belajar mencapai keputusan yang cemerlang tetapi bukan bermakna kita jadikan alasan itu untuk melupakan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Berfirman Allah swt :

“Dan dirikanlah olehmu akan solat berikanlah olehmu akan zakat dan rukuklah kamu berserta orang-orang yang rukuk.” (AL BAQARAH : 43)

“Dan dirikan olehmu akan solat, kerana sesungguhnya solat itu menghalangi kamu dari fahsya (kejahatan) dan dari mungkar (pekerjaan yang buruk keji).” (AL ANKABUT : 45)

“Pelihara baik-baik olehmu akan segala solat dan solat wustha (solat yang paling baik) dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah (hal keadaan kamu) kekal dalam khusyuk.” (AL BAQARAH : 238)

“Maka apabila kamu telah jauh dari kesulitan, atau telah tenang tenteram dirikanlah solat, kerana sesungguhnya solat itu fardhu yang telah diwaktu-waktukan atas segala orang yang beriman.” (AN NISA' : 102)





Ayat-ayat Allah swt yang suci ini memerintahkan kita para umat mendirikan solat; menyuruh kita mengerjakan solat bersama-sama, berkaum-kaum; menyatakan bahawa solat itu menghalangi kita dari fahsya dan mungkar; memerintahkan kita memelihara solat dengan secara yang paling sempurna, paling baik; menyuruh kita menegakkan solat di waktu-waktu yang telah ditentukan.

Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)

Hadis ini menerangkan bahawasanya solat adalah rukun atau sendi Islam yang terpenting. Orang yang hendak mendirikan pembinaan Islam, wajib mendirikan tiang-tiang tonggak ini. Jika tiang-tiang tonggak yang penting ini tidak didirikan, pembinaan Islamnya tidak dapat berdiri dalam erti yang sebenarnya.

InsyaAllah dengan berkat ketekunan dan istiqamah kita ini pembinaan Islam akan lebih kukuh dan tidak lagi di pandang serong masyarakat luar. Sebagai seorang yang bernama Islam kita perlu menyampaikan apa yang sepatutnya. Mudah-mudahan kehidupan kita selepas ini lebih deberkati Allah swt.
Wassalam..





Sunday 2 October 2011

10 jenis orang Islam yang kejam


10 jenis orang Islam yang kejam


Sufyan Athusauri brkata:


  1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya senndiri tetapi tidak doakan untuk orangg lain
  2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran tapi tiap-tiap hari tidak baca 100 Ayat
  3. Seseorang yang masuk masjid dan keluar masjid tidak melakukan solat Tahyatul msjid
  4. Seseorang yang lalu di kubur tapi tidak memberi salam pada ahli kubur & doakan ahli kubur
  5. Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari jumaat, tetapi tidak solat jumaat
  6. Seseorang di  tempatnya dikunjungi oleh orang alim tetapi tidak masa belajar apa-apa darinya
  7. Seseorang yang bertemu di perjalanan & masing-masing tidak bertanyakan bertanyakan nama kawannya itu
  8. Seseorang yang di jemput ke kenduri tetapi tidak pergi kenduri itu
  9. Pemuda yang tidak berkerja & tidak mahu belajar ilmu & kesopanan
  10. Seseorang yg kenyang, tetapi tidak ambil peduli jirannya lapar & tidak memberi bahagian yang makan kepada mereka

Al-Taghaabun (Kerugian)



Mari kita renungkan potongan ayat di bawah..:)


11) Tidak ada kesusahan atau bala bencana yg menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa
      yang beriman kepada Allah , Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku dengan
      tenang dan sabar dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..


                                                                                                                       

                                                                                                                          surah Al taghaabun,Ayat 11

PENSEL






  • Bismillahirrahmanirrahim..



  • Assalamualaikum w.b.t..

    Maaf ya lama tak update blog..pakai buat saja tapi tak update pun..heee...
    InsyaAllah hari ini saya akan membawa kepada anda semua tentang sebuah cerita yang boleh dikatakan bermanfaat kepada kita sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini..

    PENSEL




    Mungkin anda tertanya-tanya apa cerita disebalik pensel ini kan?banyak pengertian yang terkandung berkenaan pensil ini..kita bolehlah diibaratkan seperti PENSEL..mari dengar saya kupas satu demi satu..


  • Setiap pensel yang digunakan mestilah akan tumpul kan?kemudian penggunanya akan mengasah semula sehingga ia tajam. Begitu juga kita sebagai manusia, kita tak lari dari sifat lupa dan kita perlukan orang untuk mengingatkan dan menggerakkan kita untuk menuju ke jalan Allah swt. Jangan pula kita lari apabila ada orang yang mengingatkan kita kerana kita mungkin terlepas untuk menerima kebaikan untuk diri kita dengan lebih dekat lagi petunjuk dari Allah.


  • Di dalam pensel terdapat karbon yang sememangnya digunakan untuk meninggalkan kesan terhadap apa sahaja yang ditulis oleh kita. Karbon di dalam pensel itu di ibaratkan seperti hati kita. Setiap apa yang kita tulis bergantung pada karbon itu. Karbon itu yang akan mencorakkan lukisan yang kita buat. Begitu juga hati kita ini yang teramat berkuasa untuk mengawal diri kita. Sehinggakan otak kita juga perlukan hati untuk menentukan setiap perbuatan atau tingkah laku kita tapi kita perlu beringat bahawa setiap lukisan diri yang dicorakkan oleh hati kita akan meninggalkan kesan samada positif ataupun negatif. Jika baik kata hati kita maka baiklah corak kehidupan kita tetapi jika buruk kata kati kita maka buruklah kehidupan kita. MasyaAllah.. Renung-renungkan sejenak apakah kita sudah telewat untuk kembali ke jalan Allah swt?InsyaAllah kita masih sempat..





  • Jadi itu sahaja yang boleh saya kongsikan kepada kamu semua..semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya..


    Cerita dari En.Riza