Monday, 24 October 2011

KeIndAhaN DuniA HanYalAh SePerTi PaNTai YaNg InDaH

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sering kali kita di dunia ini lalai dengan kehidupan kita. Tahukah kita bahawa kehidupan kita hanyalah sementara sahaja di dunia ini? Saya pasti anda tahu jawapannya iaitu kita akan ke dunia yang kekal abadi samada syurga atau neraka.


Imam Al-Ghazali ada mengenengahkan sebuah cerita di mana kehidupan di dunia diibaratkan sebagai sebuah kapal yang singgah di pulau yang teramat indah. Setelah tiba di pesisir pantai, nakhoda kapal menyuruh anak-anak buahnya turun dan mencari keperluan-pekerluan yang penting untuk berdagang ke tempat lain. Anak-anak kapal itu terbahagi kepada tiga iaitu :







1. Mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat dan mencari keperluan-keperluan penting untuk berdagang ke tempat lain, mereka kemudian pulang semula ke kapal. Mereka tahu bahawa bukan pulau yang indah itu yang menjadi tujuan mereka.

2. Mereka terpengaruh dengan keindahan pulau itu. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai di tiup angin, airnya yang jernih, ikannya yang jinak. Mereka terpegun  dan terlena sebentar, tetapi kemudian mereka teringat bahawa mereka dalam perjalanan menuju ke destinasi mereka. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi oleh kerana terlambat, semua tempat duduk sudah habis diambil orang.

3. Inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan siren kapal yang pertama, mereka tidak pedulikan. Akhirnya kapal itu pun belayar.. Setelah kapal itu belayar jauh, dipanggil-panggil, kapal itu tidak boleh berpatah semula. Mereka inilah golongan yang malang.




"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui."

(surah Al-Ankabut :64)

Inilah ibarat manusia yag hidup di dunia sekarang. Pantai itu di ibaratkan sebagai dunia yang fana hanya sementara sahaja tetapi kita akan belayar ke satu tempat yang kekal abadi dan jauh dari dunia ini iaitu Akhirat. Kita masih jauh lagi untuk sampai kesana, tempat di mana manusia akan dihidupkan kembali. 
Jadi renung-renungkan dan selamat beramah...:)


No comments:

Post a Comment