Friday 10 February 2012

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT?


Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Lelaki Muslim...

Lelaki Kristian: Mengapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?

Lelaki Muslim Tersenyum Sambil Mengeluarkan 2 Biji Gula-Gula Dari Poketnya, Lalu Salah Satu Dibukakan Bungkusannya.. Kemudian Dia Meletakkan Kedua2 Gula-Gula Itu Ke Lantai.. Lalu Bertanya Ia Kepada Lelaki Kristian Itu.

Lelaki Muslim : Antara Kedua2nya.. Yang Mana Satu Kamu Akan Pilih?

Lelaki Kristian : Sudah Tentu Yang Masih Dalam Bungkusan.

Lelaki Muslim : Kenapa?

Lelaki Kristian : Kerana Yang Terbuka Itu Telah Tercemar.

Lelaki Muslim : Begitulah Agama Kami Melihat Dan Menghormati Kaum Wanita Agar Mereka Lebih Terpelihara & Istimewa..

Lelaki Kristian : Owh.. Saya Mengerti Sekarang...





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

                                                                (Surah Al-Ahzab:59)

Tuesday 7 February 2012

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t



10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi    makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu    bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya    lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta    menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan    perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,
 maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."