Sunday 16 October 2011

Hidayah Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kalian..:)


Rasanya sudah lama tidak update blog saya ini...Hari ini saya hendak kongsi lagi satu cerita tentang bagaimana seorang kristian ini mendapat hidayah Allah untuk memeluk Islam..



Kisah ini menceritakan tentang seorang ahli perniagaan yang bernama Einstein. Beliau adalah seorang tokoh usahawan yang agak masyhur. Pada suatu hari beliau didatangi seorang muslim yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Arab yang bernama Ahmad untuk tujuan perniagaan mereka. Selain daripada berniaga, Einstein juga  kuat beramal dengan agamanya dan pada masa yang sama Einstein ingin berdakwah kepada Ahmad. Einstein bertanya kepada Ahmad
 'Di mana engkau tinggal semasa berurusan dengan ak selama sebulan ini?'.
Ahmad menjawab dengan selambanya.
 'Aku tinggal di masjid sahaja'.
Kemudian Einstein ketawa sinis mendengar jawapan dari Ahmad itu kerana orang kristian yang tinggal di gereja adalah orang yang hina dan papa kedana. Lalu Einstein mengajak Ahmad tinggal bersama-samanya kerana baginya apabila Ahmad tinggal bersama-samanya lagi mudahlah kerja Einstein untuk berdakwah kepada Ahmad.



Einstein pun berkata,
'Marilah tinggal bersamaku kelak kau akan mendapat layanan yang sempurna.'
Ahmad tidak berfikir panjang dan terus menjawab,
'Aku boleh tinggal di rumah engkau jika engkau boleh buktikan padaku yang Tuhan kau itu wujud'
Ahmad berkata begini kerana dia juga ingin berdakwah kerana wajib bagi setiap muslim untuk berdakwah ke jalan Allah tidak kira dengan apa cara sekalipun. Lalu Einstein sudah tidak keruan kerana dia sendiri tidak tahu untuk menjawab persoalan Ahmad itu tadi kemudian dia berjanji akan memberi jawapan keesokan harinya. Setibanya di rumah, Einstein mencari idea bagaimana untuk meyakinkan Ahmad tentang kewujudan tuhannya lalu dia terfikir satu idea di mana tuhannya itu wujud dengan adanya keluarga menciptanya. Tuhannya lahir dari bapa dan mempunyai anak untuk menyambung generasi. Walaubagaimanapun tiba-tiba Einstein terfikir bahawa jika Tuhannya mempunyai keluarga bagaimana jika ayah tuhannya mati?pasti tiada generasi lagi. Jadi idea ini tidak boleh dipakai. Akibat terlalu buntu, Einstein pergi ke gereja untuk berjumpa dengan paderi bertanyakan tentang masalah ini. Setelah menceritakan semua masalahnya, paderi itu menjawab dengan mudahnya,
'Engkau hanya katakan padanya tuhan kita ini di ibaratkan seperti sebiji telur di mana terdapat tiga bentuk berlainan dalam sebiji telur iaitu putih telur,kuning telur dan kulit telur. Ini boleh di ibaratkan tuhan kita merangkumi banyak aspek dalam dunia ini.'
Setelah mendengar jawapan dari paderi itu, Einstein pun balik dengan hati yang lega tetapi dalam perjalanan balik itu Einstein terfikir bagaimana pula jika telur itu busuk? Pasti tidak bagus jadinya. Nampaknya idea ini juga tidak bernas dan dia akan kalah juga jika berhujah dengan Ahmad. Setibanya di rumah, isterinya pula berkata kepadanya,
 'Abang, ceraikan saya sekarang. Mana boleh seorang Islam kahin dengan orang bukan Islam..'
Mendengarkan kata-kata isterinya itu membuatkan Einstein terkejut besar. Kenapa tiba-tiba isterinya berkata begitu? Setelah bertanya, isterinya pun menjawab yang isterinya ingin memeluk Islam. Lagilah terkejut beruk Einstein mendengar jawapan isterinya itu. Akibat terlalu tertekan, Einstein pun berjumpa dengan Ahmad dan mengatakan yang dia tidak dapat menjawab soalan Ahmad itu tetapi pada masa yang sama dia juga ingin Ahmad buktikan bagaimana Allah itu wujud dan Ahmad terus sahaja membaca Surah Al-Ikhlas.




Setelah mendengar sahaja bacaan surah dan terjemahannya, Einstein terus sahaja menangis dan memeluk Ahmad dengan seerat-eratnya dan berkata, ' Aku tidak pernah berasa tenteram dan tenang sangat sebelum ini tetapi selepas sahaja mendengar penjelasan kau ini hatiku tiba-tiba terbuka untuk menerima ajaran kau ya Ammad.



             Setelah itu, Einstein dan isterinya hidup bahagia dangan ajaran yang di bawa meraka ajaran Allah s.w.t dan nama Einstein menjadi Yusuff Einstein. Ingatlah jika Allah inginkan seseorang itu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya, pasti mereka akan mendapatnya juga tidak kira dengan apa cara sekalipun..InsyaAllah di harap cerita ini dapat di sebarkan dan menjadi panduan kepada kita sebagai umat Islam..
Wassalam..


                                                                                                                           Cerita dari En.Riza, Uniten

No comments:

Post a Comment