Tuesday 6 December 2011

Forum Muzikal-Hidayah Milik Allah (UNITEN)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah dengan izin Allah SWT..dipanjangkan umur..masih lagi bernafas..dapatlah mencoretkan sesuatu di blog yang tidak seberapa ini, dengan ilmu pengetahuan yang masih lagi cetek, ingin saya berkongsi sedikit ilmu pada mereka yang sudi..tiada niat untuk menunjuk-nunjuk diri ini bagus apatah lagi merasa diri begitu mulia..sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang ada serta nasihat menasihati sesama muslim..

Alhamdulillah malam tadi baru sahaja saya menghadiri Forum Muzikal yang memang julung-julung kali di adakan di UNITEN dan juga sangat jarang di anjurkan oleh mana-mana pihak di Malaysia ini. Syabas di ucapkan kepada badan PPI UNITEN selaku pengelola dalam majlis ini kerana telah berjaya menyempurnakan majlis yang amat bermanfaat seperti ini. Semoga usaha seperti ini akan berterusan ke masa-masa akan datang.


Apa yang sangat menarik dalam forum ini adalah ahli panelnya yang ketiga-tiganya merupakan selebriti yang amat dikenali oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah Ustaz Nazrey Johani(RAIHAN), Saudara Hafiz Hamidun(UNIC) dan juga Heliza Helmi(AF5). Siapa yang tidak kenal mereka ini? Walaubagaimanapun terima kasih tidak terhingga kerana sudi menghadirkan diri untuk berkongsi ilmu berkenaan Hidayah Milik Allah ini.

Justeru itu, ingin sekali saya mengupas serba sedikit apa yang terkandung dalam forum yang di jalankan pada malam tadi. Pada mulanya, Ustaz Nazrey menceritakan sejarah silam hidupnya bermula daripada hidayah yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Peristiwa ini berlaku pada ketika usianya 12 tahun di mana seluruh keluarga beliau masih belum menerima ajaran Islam. Mereka mengamalkan agama Kristian tetapi suatu hari bapanya mengatakan yang agama Kristian seperti tidak mengubah apa-apa corak kehidupannya di mana beliau ada mengatakan apabila pergi ke gareja Katolik, beliau tidak faham apa-apa melainkan hanya berlutut dan berdoa dan pada masa yang sama keadaan di sana tidak bersih di mana ketika memasuki ke gereja boleh memakai kasut, boleh melepaskan angin sesuka hati sehingga menggangu ketenteraman orang lain dan bersendawa sesuka hati ujar beliau. Jadi, keluarganya tidak nampak yang agama Kristian agama yang boleh ubah corak kehidupannya. 

Suatu hari ayahnya menyuruh beliau untuk belajar tentang bagaimana untuk bersolat dan menghafal bacaan-bacaannya berpandukan buku. Kemudian, ayahnya menyuruh beliau belajar mengaji Al-Quran. Tak silap saya ketika hendak mengaji ada orang mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh mengaji Al-Quran. Kemudian, tok imam bertanya kepada beliau bahawa betulkah beliau memilih Islam sebagai agama rasminya? Kemudian beliau meminta diberi sedikit masa untuk memikirkan tentang hal ini. Allah maha Berkuasa terhadap sesiapa yang ingin dikurniakan-Nya hidayah. Hanya tiga minit sahaja beliau dikurniakan hidayah oleh Allah s.w.t di mana beliau berkat 'aku akan menjadikan Islam agama aku dan walau tiada sesiapa yang membantu aku untuk belajar tentang agama Islam, maka aku akan belajar sendiri' ujar beliau di dalam hati pada masa itu. Dari situ lah selama hanya tiga minit sahaja Ustaz Nazrey peroleh hidayah dari Allah s.w.t. Lihatlah betapa mudahnya hidayah dikurniakan kepada seseorang itu jika Allah mengkehendakinya kerana Hidayah Milik Allah.

Kemudian, Heliza juga ada menceritakan tentang kepayahan dan pengorbanan yang ditanggung oleh seorang wanita terutamanya wanita yang telah bergelar isteri di mana jika dilihat dalam situasi di bulan ramadhan, kebiasaannya si suami hanya pergi kerja, balik kerja, berbuka(hanya makan sahaja), pergi ke masjid untuk solat tarawih, balik terus tidur dan bangun pagi untuk bersahur kemudian selepas solat subuh tidur semula hingga bangun semula untuk bersiap pergi kerja.bagitulah rutin harian si suami. Berbeza pula dengan si isteri di mana dia perlu bangun sekitar pukul 4 pagi untuk menyiapkan sahur untuk diberi makan kepada suami, selesai bersahur perlu mengemas, basuh pinggan dan sebagainya, kemudian jika si isteri bekerja terus bersiap untuk bekerja tanpa sempat untuk berehat, balik dari kerja juga tidak dapat berehat kerana perlu memasak untuk jamuan berbuka puasa, malamnya pula pergi ke masjid untuk tunaikan solat tarawih lagi. 

FUHHH..berat sungguh tanggungjawab isteri ini kan?huhu.. Memang tidak dinafikan tanggungjawab isteri memang berat. Kan lebih bagus jika si suami pandai untuk memujuk kembali hati si isteri dengan ucapan-ucapan manis seperti 'sayang masak sedap hari ini', 'kesian sayang abang ini..mari sini abang urutkan bahu sayang(sambil mengurut bahu isteri)'. Isteri yang penat pun boleh bersemangat kembali untuk bekerja. Apa yang lebih bagus jika si suami juga turut menolong si isteri secara tidak langsung mengurangkan beban si isteri ini tadi.. Apapun yang dikatakan bahawa tanggungjawab isteri memang berat di dalam rumah namun Ustaz Nazrey ada mencelah bahawa wanita adalah golongan yang paling mudah untuk menjadi ahli syurga kerana apa? Kerana jika wanita mengikut 4 amalan ini iaitu :
•menunaikan puasa pada bulan Ramadan
•mengerjakan solat lima waktu 
•taat kepada suami
•jaga kehormatan diri


Daripada Anas, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ikutilah 4 amalan ini nescaya ke syurga lah wahai kamu kaum wanita. InsyaAllah..mudah sahaja kan? Tetapi senang mata membaca, berat pula bahu wanita yang memikulnya..

Jadi inilah serba sedikit yang boleh saya kupaskan untuk tatapan anda yang tidak dapat menghadiri Forum Muzikal pada malam tadi. Semoga Allah merahmati kita sekalian umat Islam dan dipermudahkan untuk memperoleh hidayah dari-Nya..InsyaAllah..
Wassalam...





Sunday 4 December 2011

Mencari Redha-Mu


Redha itu perlu dicari bukan hanya dinanti.
Teguhkanlah hati dalam melaksanakan ibadat.
Andai setiap tuntutan telah dipenuhi 
dan segala larangan dijauhi, 
di saat itu jugalah
rahmat ALLAH akan turun mengiringi
dan memberkati perjalanan hidup kita..